
First of all sorilah kalau ayat aku ni tak berapa cantik sangat, al maklumlah aku dalam perjalanan ke melaka untuk urusan pembelian rumah, bukan akupun yg pandu kereta, aku jadi vip kat belakang sambil main internet menggunakan i phone yg boleh tah
an canggihnya..hehe..
Niat asal aku berblog ni sebab nak kongsi cerita tentang letusan di gunung merapi, Yokyakarta baru-baru ini..nak dijadikan cerita aku baru sahaja pulang dari gunung merapi tapi 6 bulan yang lepaslah..jadi nak kata dah lama tu takdelah lama sangat cuma masa yang cepat berlalu dan persoalannya rindu aku tak habis lagi dengan
an hasil pengesahan dari ahli keluarga dan saudara mara terdekat mayat tersebut adalah Mbah Marijan.
Tambahan cerita itu lagi, seorang petugas penyelamat yang berniat untuk memujuk Mbah Maridjan turun dari lereng gunung, turut terkorban juga akibat wap dan debu panas bersuhu 600 darjah celcius.Mayat Mbah Maridjan yang berpakaian baju batik, berkopiah dan memakai sarung ditemui di dapur rumahnya yang berdekatan dengan kawah Gunung Merapi...erm....
inalillah..tiba-tiba aku teringatkan dapur dan rumah yang aku masuk dan lepak
6 bulan lepas, waktu itu aku bersama tiga yang lain sedang mencari Mbah Maridjan tapi adiknya, lebih kurang umur 40 tahun memaklumkan Mbah Maridjan masih tidak pulang dari mencari kayu api, jadi kamipun berjalan jalan disekitar rumahnya dan mengambil gambar sebagai tanda kenang kenangan. Tetiba dalam kami seronok bergambar adalah seorang hamba allah ni berumur lebih kurang lewat 80 an tapi nampak steady dan sehat, berpakaian kemeja dan berseluar pendek menegur kami. Aku terus menyambut salam dan mencium tangan dia...ye lah
orang tua kan..dalam hati aku pulak aku dapat rasa inilah Mbah Maridjan tapi dalam benak hati.. takkanlah Mbah Maridjan yang dikenali seluruh Yokyakarta pkai seluar pendek..haha..x mungkin x mungkin..
5 minit kemudian...kami pulang ke rumah Mbah dan adiknya memaklumkan Mbah sudah pulang dan..... (yang berpakaian seluar pendek tulah...huhu...rock jugek Mbah ni)
Menurut cerita Mbah, dia memang diberi tanggungjawab untuk menjaga Gunung Merapi ini..kebanyakan penduduk disini lebih percayakan dia daripada isyarat perkakasan teknologi amaran bencana dan dia akan menjadi orang terakhir yang akan meninggalkan kampung setiap kali berlaku kegemparan mengenai khabar letusan Gunung Merapi.
Mbah juga memaklumkan dia mempunyai perkaitan telepati dengan pemerintah tertinggi kraton dan juga wanita mitos berkuasa mistik di Pantai Selatan Pulau Jawa, Nyi Roro Kidul. Wah...hebatnya..aku bayangkan Mbah ini dikira sebagai pawanglah... dan dialah orang yang bertanggungjawab untuk memaklumkan kebenaran letusan Gunung Merapi. (namapun Penjaga Kunci) hehe
Jadi, kesimpulannya bila pertama kali aku mendengar tentang amaran letusan Gunung Merapi beberapa hari yang lepas, aku terfikir adakah penduduk disana terutama Mbah Maridjan dan keluarga akan menyelamatkan diri?
Akhir sekali.. suratkhabar yang aku baca semalam memaklumkan kematian Mbah Maridjan. hurm... aku terfikir sejenak, tinggi betul kesetiaan Mbah dengan tanggungjawab dia sebagai penjaga kunci itu dan Mbah benar-benar menjadi orang terakhir...al fatihah
**Gambar di atas adalah benar dan diambil semasa lawatan saya 6 bulan lepas ke Gunung Merapi untuk bertemu dan menemubual Mbah Maridjan. Walaubagaimanapun, kami tidak dibenarkan mengambil gambarnya. Setiap gambar yang diambil adalah disekitar rumah Mbah Maridjan dan laluan ke rumahnya yang kini rumah tersebut sudahpun musnah dan disitu jugalah Mbah Maridjan ditemui mati akibat letusan Gunung Merapi.
Amyslaila.....ataupun bukan nama sebenar hanyalah gabungan nama amys iaitu gelaran nama dari kenangan cinta monyet yang sudah aku lupakanpun.. tapi nak buat macam mane aku dah 
Antara perkara yang aku tak boleh lupakan adalah basikal buruk yang tak ade brek tu..basikal tu memang cukup melawakkan. Apepun terima kasihlah uncle Anan. Katenye basikal tu nak dibuang tapi uncle Anan cancel dan bagi ayah aku. Seronok yang tidak terhingga sehinggalah baru satu hari aku guna, aku hampir masuk ke dalam parit besar sebab racing dengan member kat bukit. Ya ALLAH..korang bayangkanlah bukit kat jln zapin 11 tu dahlah curam pulak tu penghujungnya ada parit besar. Nasib aku ni minah rempit yang hebat! hehe..Selamat...dunia akhirat..
aku sebab mulut aku yang laser "Awak nikan! dah besar! tapi tak reti pakai spender!!" PANG!! sedar-sedar aku dah ade atas tanah..huhu...dahlah kena gangguan seksual..patah tangan pulak tu..geramnye aku kat budak tu!! Anak sapelah agaknya..sampai sekarang aku cari tak jumpa jumpa..huhu..kalau aku jumpa, siap dia! (Gambar disebelah ni aku tengah posing maut dengan tangan bersemen..huhu)

